Showing posts filed under 1. Sahih Bukhari

Penganiyaan dan Perampasan

Posted by koleksi hadis on 06:41 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)

Penganiyaan dan Perampasan

64. Dari Abu Said Al-Khudri r.a :
Rasulullah saw bersabda, “Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia.

Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Allah yang diri Muhammad di tangan-Nya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada (berbanding) tempatnya di dunia.” [1167]

Bertengkar

Posted by koleksi hadis on 06:38 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)
Bertengkar 63. Dari Abu Said Al-Khudri r.a, katanya : Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw sedang duduk-duduk, datanglah seorang Yahudi berkata, ‘Hai Abu Qasim! Seseorang sahabat dari Tuan telah menampar muka saya.’ “Siapa?”, tanya Beliau (saw). Orang Yahudi itu menjawab, ‘Seorang Ansar.’ Kata Beliau (saw), “Panggillah orang itu!” Lalu Beliau (saw) bertanya, “Engkaukah tampar dia?” Orang itu menjawab, ‘Saya dengar ia (Yahudi itu)... [Read More]

Minuman

Posted by koleksi hadis on 06:35 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)
Minuman 61. Dari Sahl Bin Sa’ad, katanya : Sebuah gelas dihidangkan kepada Rasulullah saw dan beliau minum dari situ. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak kecil dan di sebelah kiri beliau ada seorang tua. Beliau bersabda, “Hai anak kecil, relakah engkau kalau sisa saya ini saya berikan kepada orang tua ini?” Anak itu menjawab, ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang paling berhak mendapat sisa anda.’... [Read More]

Hawalah (memindahkah hak pembayaran hutang)

Posted by koleksi hadis on 06:24 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)
Hawalah (memindahkah hak pembayaran hutang) Contoh Hawalah : A berhutang pada B dan B berhutang pada C. Dengan persetujuan ketiga- tiganya, A terus membayar hutangnya kepada C. 57. Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Orang kaya (berkemampuan) yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajipan yang perlu dibayarnya) adalah zalim. Apabila seorang di antara mu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang berpunya... [Read More]

Ijarah (mengupah, menerima upah, menyewa atau mempersewakan)

Posted by koleksi hadis on 06:18 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)

Ijarah(mengupah, menerima upah, menyewa atau mempersewakan)

USlWSY

56. Dari Abu Hurairah r.a :
Nabi saw bersabda, “Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan orang itu gembala kambing. Para sahabat bertanya, ‘Dan anda sendiri bagaimana?’ Jawab Nabi saw, “Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah dengan (upah) beberapa qirath (nama mata wang lama). [1105]

Jual Beli

Posted by koleksi hadis on 06:16 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)
Jual Beli 40. Dari Nu’man bin Basyir r.a : Nabi saw bersabda, “Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang meragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.... [Read More]

Puasa

Posted by koleksi hadis on 05:56 PM, 10-Jun-13 • Comments (0)
Puasa 36. Dari Umar r.a, katanya : Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabi saw berkenaan dengan fitnah? Jawab Hudzaifah : Aku mendengar Nabi saw bersabda, “Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya dapat ditutup (dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah.” [0929] 37. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa... [Read More]